Saturday, May 9, 2009

Mengenal Allah Adalah FITRAH

PERINTAH MENGENAL ALLAH

Dalil perintah daripada Allah kepada manusia supaya mengenal-Nya ialah 4 ayat dalam surah al-Ikhlas. Mafhum bagi empat ayat yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

Kata olehmu Allah Ta’ala ESA.
Kata olehmu Allah Ta’ala LENGKAP (tumpuan semua makhluk).
Kata olehmu Allah Ta’ala tiada beranak
Kata olehmu Allah Ta’ala tiada diperanakkan.
Kata olehmu Allah Ta’ala tiada sebangsa akan sesuatu.
Untuk mengenal sesuatu makhluk adalah mudah. Makhluk mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat unik yang membezakannya daripada makhluk lain. Semunya boleh dikenal melalui pancaindera. Contohnya seperti berikut :

1. Mengenal buah mangga dan arus elektrik (makhluk di alam zahir).

Buah mangga boleh dikenal melalui deria mata. Arus elektrik boleh dikenal melalui alat yang dicipta untuk mengesannya. Dengan deria mata, manusia dapat membezakan antara mangga dengan rambutan. Melalui alat pengesan, manusia dapat membezakan antara arus elektrik daripada lain-lain gelombang elektromagnet.

2. Syurga dan neraka (makhluk di alam ghaib)

Mata dan telinga manusia boleh mengenal syurga dan neraka kerana kedua-duanya mempunyai persamaan dengan sifat makhluk di alam zahir. Al-Qur’an dan hadith banyak menerangkan perbezaaan antara kedua-duanya. Deria mata, telinga dan akal dapat membezakan antara kedua-duanya melalui ayat-ayat Allah serta perbandingannya dengan makhluk yang zahir.

Mengenal Allah tidak sama seperti mengenal makhluk kerana Allah tidak dapat dicapai oleh pancaindera buat selama-lamanya. Mata manusia tidak pernah melihat zat Allah yang tiada rupa dan warna kerana zat-NYA bukan jisim. Telinga manusia tidak pernah mendengar kalam Allah yang tiada dengan lidah huruf suara kerana suara-NYA bukan jisim. (Persoalan sebenar al-Qur’an kalam Allah akan diterangkan pada bab yang akan datang). Semua pancaindera manusia dan apajua makhluk tidak akan mencapai zat Allah buat selama-lamanya kerana DIA tidak seumpama dengan sesuatu yakni :
“ ليس كمثله شيء
Setiap mukallaf wajib mengenal Allah sama seperti yang diterangkan oleh Allah akan zat-Nya di dalam al-Qur’an atau hadith. Sesiapa yang tidak faham kehendak ayat atau sesuatu maksud, iman seseorang itu masih belum dianggap sempurna. Dalilnya ialah ayat 1 hingga 4 dalam surah al-Ikhlas. Empat ayat yang amat ringkas tetapi mengandungi pengertian dan tuntutan yang amat besar. Justeru, amat beruntunglah orang yang membacanya dengan penuh makrifat serta ilmu yang sebenar kerana akan menerima anugerah Allah yang amat besar.

Wallohu’alam.

Saturday, May 2, 2009